Ramai yang bertanya di mana letaknya BUTIK KOLEKSI VISPERA?
Untuk pengetahuan semua, buat masa ini Koleksi Vispera belum ada butik dan
hanya beroperasi melalui internet sahaja. InsyaAllah jika ada rezeki KV akan buka butik, ianya masih dalam perancangan. Segala operasi jahit menjahit dilakukan dari rumah, di atas sebab menghormati waktu peribadi ahli keluarga Pn Vispera tidak dapat membuat sesi temu janji di rumah. Semua sesi temujanji akan diakan disekitar KL, biasanya tempat akan dinyatakan sewaktu perbincangan dilakukan.
Mengenai
sesi temu janji atau rundingcara, ianya hanya di khas kan kepada pelanggan yang telah membuat bayaran deposit sahaja kerana waktu Pn Vispera sangat terhad. Jadi KV hanya dahulukan kepada pelanggan yang benar-benar memberi
komitmen sahaja.
Kebelakangan ini saya tidak menang tangan untuk menjawap telefon, sms , komen, msg di facebook dan juga email. Ribuaan ampun dan maaf dipinta seandainya saya tidak sempat menjawap segala pertanyaan anda. Ini kerana dalam sehari saya menerima beratus panggilan telefon, sms, msg di facebook dan juga email. Saya akui sebagai seorang manusia biasa saya mempunyai kelemahan untuk melayan semua panggilan kerana kekangan saya sebagai manusia.
Saya suka menasihati anda semua agar email terus ke koleksivispera@gmail.com untuk sebarang pertanyaan, kerana saya lebih selesa berinteraksi didalam email berbanding dengan perkhidmatan lain.
p/s : untuk pengetahuan semua segala urusan Koleksi Vispera, diusahakan oleh Pn Vispera sendirian. Dari segi pemilihan material, memotong, menjahit tudung, menjahit manik, menjawap panggilan telefon, membalas sms, email, msg di facebook dan komen serta sesi temujanji. Saya harap anda semua dapat faham dan menerima kekangan masa yang saya ada.
Pn Vispera
1 comments:
emm mmg sediakan tempahan untk sekitar kl saje ye? klw di luar kl x pr0vide?
Post a Comment