Vispera FAQ

Thursday, December 3, 2009



Salam sejahtera semua.. disebakan saya seringkali menerima soalan yang sama.. maka saya adakan enry ini untuk memudahkan anda semua.
  1. Butik Koleksi Vispera di mana?
    Buat masa ini kami hanya beroperasi online, jika ingin berjumpa kita boleh buat temujanji di sekitar KL di atas persetujuan kedua belah pihak.
  2. Koleksi Vispera hanya buat tudung/selendang/veil warna putih sahaja ke?
    Sebenarnya kami menerima tempahan apa jua warna yang diminta dari pihak pelanggan.. dan kebetulan gambar yang saya dapat dari pelanggan tertumpu pada warna putih, maka di dalam blog kebanyakanya warna putih. InsyaAllah saya akan post satu entry sample warna kain.
  3. Koleksi Vispera ada satu jenis design untuk tudung je ker? Tudung yang macam artis "A" , "B", "C" ada x? Sebab saya x minat tudung style "Z".
    Mungkin ramai yang keliru tentang ini, sebenarnya KV menyediakan perkhidmatan tempahan tudung/selendang/veil jadi kami menerima apa jua rekaan yang ditempah pelanggan. Jika saya boleh buat, saya akan cuba buat.. kalau x boleh saya cakap x boleh. Jadi jika anda ada rekaan pilihan hati, email gambar atau ceritakan rekaan yang anda minati itu.
  4. Harga di Koleksi Vispera mahal sangat, saya x mampu untuk memiliki nya.
    Hal ini jangan bimbang, jika anda mahu tudung seperti "A" dengan harga anda, hubungi terus Pn Vispera atau email kepada pihak kami. Kerana kami akan buat tudung mengikut budget anda.
    Jadi kepada yang mempunyai budget kecil tetapi mahukan rekaan seperti "A", "B" atau "C", jangan segan atau malu terus hubungi pihak kami dan nyatakan budget anda.
  5. Kenapa saya perlu ceritakan tentang style, warna dan material baju saya kepada pihak Koleksi Vispera?
    Ini sangat penting kerana saya mesti mempunyai info dari pihak anda untuk menyesuaikan rekaan baju dan tudung. X nak lah kemudian hari tudung dan baju x sepadan.
  6. Untuk hubungi Koleksi Vispera email sms, atau telefon lebih baik?
    Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan kerana saya kerap check email jadi masalah x kan berlaku dan lebih baik di dalam email sertakan no telefon anda untuk memudah kan saya hubungi pihak anda.
    Tetapi saya lebih selesa jika anda terus menghubungi saya melalui email, koleksivispera@gmail.com
  7. Kenapa Koleksi Vispera minta saya emailkan gambar saya?
    Biasanya untuk pelanggan yang berada di luar Kuala Lumpur, pihak kami lebih suka melihat gambar empunya diri kerana mudah untuk beri pendapat tentang tudung yang sesuai. Selain dari tinggi dan berat. Maklumlah tudung zaman sekarang ada banyak jenis awning..jadi gambar sangat penting.
  8. Kenapa nama Vispera? kalau telefon nak panggil apa?
    Sebenarnya Vispera adalah nama saya dalam Spanish, kalau saya letak nama perniagaan menggunakan nama dalam kad pengenalan ia amat sukar kerana ramai sangat nama yang sama kat Malaysia. Jadi saya gunakan nama dalam Spanish untuk mudah dikenali oleh semua orang.

    Lebih baik sebut Vispera sebab mudah untuk saya fahami tujuan anda membuat panggilan.

0 comments:

 

Promosi

Promosi

Iklan

Followers

Copyright 2011 koleksi vispera. All rights reserved.